pelan perniagaan

Bismillahirrahmanirrahim…..

Artikel ini dipetik dari WAN WMA.Hampir setiap hari saya menerima email, iklan di FB dan macam-macam bentuk pengiklanan yang menjanjikan pulangan wang cepat, mudah dan banyak. Pada kebiasaannya saya akan delete atau remove terus iklan seperti ini. Tetapi kadang-kadang saya akan membacanya juga untuk melihat potensi, strategi dan testimoni pengguna dan penjual.

Bagi saya, ada di antara sistem perniagaan, produk dan pelan yang dikemukakan sangat bagus dan berkesan. Namun ada juga yang tidak jelas dan amat tidak profesional. Pun begitu, ramai di antara kita ghairah menyertai program buat duit seumpama ini. Saya tidak kata ia suatu yang salah atau sia-sia, tetapi apa yang perlu kita fikirkan sebagai  usahawan yang inginkan kemajuan dalam perniagaan adalah lebih jauh dari itu.